Baru dibuka pada April 2019, Kwai Chai Hong di Petaling Street ini bakal jadi tempat kesukaan para hantu IG sekalian.
Kwai Chai Hong ini kalau dalam bahasa China, lebih kurang maksudnya, lorong Hantu atau Lorong Toyol.
Ada yang kata sebabnya, ialah lorong ini dulu tempat orang mabuk, kaki candu dan kaki judi lepak.
Ada juga kata nama itu datang dari budak-budak jahat yang selalu ada kat jalan ini.
Apa-apapun, 10 bangunan sebelum perang kat sini dah diberi nafas baru dengan 6 mural bertemakan zaman Cina kat sini dulu.
Kos projek bina semula kawasan ini ialah lebih RM 1.5 juta. Dan ia dibuat supaya orang lama boleh rasa nostalgia, orang muda boleh bergambar dan ambil tahu sejarah bangsa Cina kat Kuala Lumpur.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut fasal mural yang dilukis kat dinding, ada QR code yang boleh anda scan. Dan selepas di scan, maklumat tentang mural akan keluar di telefon anda.
Kawasan ini juga ada salah satu tiang lampu paling tua kat KL ni.
Kata orang dibina sejak 1900 lagi. Tapi sebab ia tiang lampu, tak ramai yang ambil tahu.
Tips
- Tempat ini hampir dengan MRT Pasar Seni. Jarak dari MRT ke Kwai Chai Hong dalam 10 minit.
- Disebabkan kawasan ini kawasan belakang Petaling Street, jangan datang seorang terutama kalau anda perempuan.
- Tempat ini tak besar sebab ia cuma satu lorong dinding rumah kedai. Untuk yang tak bergambar, masa yang dihabiskan kat sini mungkin dalam 10 minit.
- Nak bergambar sakan? Baik pergi ke Muzium Selfie kat Bukit Bintang.