chinatown petaling street kl

Chinatown KL

Chinatown Malaysia ini pasar barangan tiruan. Dan antara tempat tinggal awal bangsa Cina di Kuala Lumpur.

Tentang Tarikan Ini :

Barangan Tiruan

Terletak 5 minit dari Pasar Seni, peniaga Cina dan peniaga warga asing memenuhi keseluruhan Jalan Petaling dari petang sehingga pagi — dengan jualan pelbagai jenis barangan — dari DVD cetak rompak dan Rolex palsu hinggalah kepada buah manggis dan itik panggang.

Pasar KL ini selalunya sesak pada waktu malam apabila pelancong dan penduduk tempatan berduyun-duyun datang membeli pakaian berjenama tiruan, minyak wangi dan cermin mata hitam atau makan di restoran-restoran terbuka di sekitar kawasan ini.

sepasang pelancong di chinatown petaling street kl Sejak beberapa tahun lalu, Jalan Petaling ditutup untuk kereta, terlindung di bawah bumbung panjang dan mempunyai dua gerbang Cina yang besar di kedua-dua hujung jalan untuk menandakan pintu masuk ke pasar ini.

Tawar-menawar adalah kebiasaan di sini. Ia juga mungkin merupakan sebahagian daripada keseronokan membeli di sini. Tetapi oleh kerana kawasan ini terkenal dengan peniaga-peniaga yang kasar, anda dinasihati agar bersedia untuk membayar apabila harga tawaran anda telah dipersetujui oleh penjual.

Tips Penting

  • Jalan Petaling selalunya sangat sesak pada hujung minggu (daripada pukul 4 petang ke atas). Jaga dompet anda baik-baik.
  • Jangan tanya harga buah di sini jika anda tidak mahu membeli. Apabila ditanya, peniaga biasanya akan terus mengisi beg plastik dengan buah tersebut dan meminta anda membayarnya.
  • Tempat ini mungkin terkenal untuk KL City Tour bagi pelancong asing. Tapi untuk pelancong lokal, ini bukan tarikan hebat mana.
  • Nak bergambar? Kat sini ada Kwai Chai Hong khas untuk itu.

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

 

Jomjalan