Soalan Lazim Tentang Hotel Best di Kota Kinabalu Sabah
Apa hotel terbaik di Kota Kinabalu?
Hotel terbaik di kawasan bandaraya Kota Kinabalu termasuklah Shangri la Tanjung Aru, Shangri la Rasa Ria dan Nexus Karambunai.
Untuk di pulau berdekatan dengan Kota Kinabalu pula ada Bunga Raya Island Resort, Gayana Eco Resort hingga Gaya Island Resort.
Untuk makluman, Shangri la Rasa Ria dipilih sebagai hotel keluarga terbaik Borneo oleh majalah CNTraveller.
Dan hotel Stanton hotel pilihan majalah Tatler Asia untuk pelancong wanita.
Apa hotel murah best kat Kota Kinabalu?
Antara hotel murah terbaik di Kota Kinabalu termasuklah AC Residence, The Palace dan hotel Seraya.
Apa hotel best dekat airport Kota Kinabalu?
Hotel yang bagus yang kami syorkan adalah Shangri La Tanjung Aru.
Jika hotel murah, Lintas Platinum dan Putatan Platinum adalah antara yang selesa dan dekat dengan lapangan terbang.
Apa hotel yang romantik di Kota Kinabalu?
Jika di sekitar bandaraya, kami syorkan Shangri La Tanjung Aru dan Nexus Karambunai.
Untuk di pulau berhampiran, ada Gaya Island Resort.
Hotel Kota Kinabalu apa yang best dan ada spa?
Antara hotel yang best dan ada spa adalah Hyatt Regency, Le Meridien dan juga Shangri La Tanjung Aru.
Jauh tak jarak dari hotel area Kota Kinabalu ke Kundasang?
Dari segi jarak hanya sekitar 100 km.
Akan tetapi oleh sebab faktor jalan raya, perjalanan ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam.
Jauh tak hotel area Kota Kinabalu ke tempat snorkeling?
Kalau untuk snorkeling/ island hopping ke Taman Laut Tunku Abd Rahman memang tidak jauh.
Kos pun jauh lebih murah dari pulau-pulau Sabah lain.
Anda hanya perlu ambil bot di jeti Jesselton untuk ke situ.
Di situ ada 4 pulau yg menjadi taman laut – Pulau Sapi, Manukan, Mamutik dan Gaya.
Akan tetapi kalau anda ingin ke pulau popular seperti Mabul, Bohey Dulang, Sipadan, Mataking dan lain-lain, kebanyakannya memerlukan perjalanan yg jauh dari Kota Kinabalu.
Ini kerana ianya berada di daerah Tawau.
Dari Kota Kinabalu ke Tawau mengambil masa dalam 9 jam berkereta atau 1 jam 15 minit dengan kapal terbang.