Hotel Best di Johor

Senarai hotel best dan menarik di Johor. Dari hotel murah ke hotel 5 bintang dengan kolam renang power-power.

Soalan Lazim Tentang Hotel Best di Johor

Apa hotel terbaik di Johor?

Johor ada banyak hotel yang menarik dan bagus-bagus.

Antaranya hotel Legoland, Doubletree Hilton, Trove JB hingga ke Renaissance dan Hard Rock Desaru.

Untuk makluman, ini hotel paling bagus di JB menurut majalah Timeout.

Apa pula resort paling best di Johor?

Johor ada beberapa resort menarik yang bertaraf dunia.

Antaranya adalah resort Anantara, One & Only dan Westin Desaru Coast.

Untuk keluarga, resort yang popular termasuklah Pulai Springs Resort.

Apa hotel murah yang best di Johor Bahru?

Hotel murah yang bagus dan selesa di JB antaranya adalah Z Hotel, Glex Signature dan hotel Ardens.

Apa hotel yang best dan dekat dengan JB Sentral?

Untuk hotel bagus berdekatan dengan JB Sentral, anda boleh pilih Doubletree by Hilton, hotel Amari atau Capri by Fraser.

Apa pula hotel murah dekat kawasan Danga Bay?

Untuk hotel murah yang bagus sekitar Danga Bay, anda boleh pilih antara Tune Hotel.

Kawasan depan Tune JB juga lazimnya adalah tempat naik bas ulang alik untuk trip hari ke USS Singapore.

Apa hotel terbaik yang ada dekat dengan Legoland?

Untuk hotel best yang dekat dengan Legoland adalah hotel Legoland.

Akan tetapi harganya memang tinggi.

Hotel lain berdekatan Legoland yang bagus dan harganya lebih rendah termasuklah hotel Jen dan Ramada Meridin.

Untuk hotel harga murah, antara yang baik ialah hotel Geobay.

Kalau dari pusat bandaraya JB ke Legoland jauh tak?

Dari tengah bandaraya JB ke Legoland jaraknya sekitar 22 km dan mengambil masa dalam 20 – 30 minit jika trafik lancar.

Kalau anda tidak mahu sesak trafik mengganggu trip anda, anda dinasihatkan untuk mengambil hotel di kawasan Nusajaya di mana Legoland berada.

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB
Jomjalan